Sunday, 20 August 2017


KEMAHIRAN KERJA BERPASUKAN MENURUT ISLAM

PENGENALAN

Dalam menghayati semangat bekerja dalam kumpulan atau 'teamworking, empat elemen utama perlu diberi perhatian iaitu matlamat, rasa tanggungjawab, proses dan hubungan sesama ahli kumpulan. Hubungan antara keempat-empat elemen tersebut amat kuat dan saling berkaitan ibarat aur dengan tebing. Dalam konteks pelajar IPT, setiap pelajar yang menjadi ahli sesebuah kumpulan atau persatuan mesti jelas dan komited terhadap matlamat yang telah digariskan. Rasa bertanggungjawab atau responsibility menuntut setiap ahli mengenalpasti peranan, tugas dan tanggungjawab masing-masing. Selain itu, setiap ahli mesti tahu proses yang perlu diikuti dan sentiasa berusaha memperbaiki proses tersebut dari masa ke masa. Dan akhirnya, setiap ahli dituntut memelihara hubungan sesama ahli dan menjalin hubungan yang berdasarkan keyakinan dan saling mempercayai antara satu sama lain.



Kelebihan Kerja dalam kumpulan
  • Mempunyai banyak maklumat dan idea. Konsep jemaah membolehkan ahli kumpulan berkongsi maklumat dan bertukar-tukar pandangan.
  • Mempunyai daya kreatif yang lebih berbanding daya daya kreatif orang perseorangan.
  • Pembelajaran secara berkumpulan adalah lebih berkesan berbanding pembelajaran seorang diri.
  • Membolehkan kita memenuhi keperluan sosial, misalnya dapat mewujudkan jaringan hubungan dengan orang lain.

Terdapat tiga perkara yang perlu diambil kira dalam penggunaan kaedah kumpulan iaitu:

Anggota di dalam kumpulan tersebut mesti boleh menyumbang dan mempunyai pngetahuan dan mempunyai
pengetahuan serta kemahiran untuk menjayakan kumpulan.
- Kepimpinan kumpulan tersebut diterima.
- Iltizam dari semua yang terbabit adalah sangat diperlukan.


 Antara ciri-ciri sifat bekerja dalam kumpulan ialah;

1. Kebolehan untuk membina reputasi yang baik, berinteraksi dan bekerja dengan efektif bersama orang lain bagi mencapai matlamat
2. Kebolehan untuk memahami atau menjangkakan salingtukaran atau persamaan peranan yang  dimainkan oleh pemimpin dan pengikut.
3. Kebolehan untuk menyedari dan menghormati atitud, tindakan dan kepercayaan orang lain.
4. Kebolehan untuk memainkan peranan dalam merancang dan mengendalikan usaha dalam  kumpulan.
5. Komitmen dalam membuat keputusan secara kolektif.



OBJEKTIF KEMAHIRAN KERJA BERPASUKAN

  • Membentuk pasukan yang kerjasama dan mantap dalam menjalani kerja yang dilaksanakan.
  • Menyumbang kepada produktiviti dan perkhidmatan yang berkualiti sesebuah organisasi.
  • Menghormati pandangan, pendirian dan kepercayaan orang lain.
  • Membina kerja berpasukan untuk mencapai objektif yang sama. (bina hubungan baik,berinteraksi dengan orang lain dan bekerja secara efektif bersama mereka)
  •  Membantu rakan-rakan lain secara proaktif


KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, sifat bekerja dalam kumpulan adalah satu daripada atribut utama yang perlu ada pada setiap graduan. Pendidikan sifat bekerja dalam kumpulan perlu dimulakan daripada institusi kekeluargaan dan penekanan terakhirnya di institusi pengajian tinggi sebelum seseorang graduan melangkah ke alam pekerjaan. Penekanan kepada sifat bekerja dalam kumpulan adalah selaras dengan Islam yang amat menitikberatkan penglibatan dalam kumpulan.

RUJUKAN

http://eprints.utm.my/41128/3/KamarulAzmiJasmi2004_PembangunanSifatBekerjaKumpulanTeamnetworking.pdf
http://irep.iium.edu.my/7989/1/KEMAHIRAN_KERJA_BERPASUKAN.pdf
http://www.slideshare.net/aqmar/kerja-berpasukan-dan-lain-lain
http://anne9882edu.blogspot.my/2012/06/bina-kerja-berpasukan.html
http://hairilhazlan.com/2010/12/24/apa-itu-kerja-berpasukan/

No comments:

Post a Comment

PENGENALAN NORHARTINI BINTI MOHAMAD SHARUDDIN 16DAT16F2023 WAN NUR ASLINA BINTI WAN ISMAIL 16DAT16F2030 ILLIAN...