Sunday, 20 August 2017

PENGENALAN





NORHARTINI BINTI MOHAMAD SHARUDDIN
16DAT16F2023

WAN NUR ASLINA BINTI WAN ISMAIL
16DAT16F2030

ILLIANI BINTI IBERAHIM
16DAT16F2031





OPERASI PENGURUSAN 

PENGENALAN 


Seseorang pengurus tidak boleh melakukan kesemua kerja dalam jabatannya. Pengurus dengan sendiri memerlukan pekerja bagi memudahkan uruskan kerja. Pengurus akan memilih kerja atau tugasan yang sesuai untuk diserahkan kepada para pekerjanya. Setiap pekerja mempunyai tanggungjawab yang tersendiri dalam melaksanakan tugas.

Dalam aspek pembahagian dan pemberian tugas atau kerja seseorang pengurus mesti memberikan autoriti dan had kuasa bagi membolehkan pekerja melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan. Kuasa yang diberikan pekerjanya perlulah wajar dengan autoriti kerja sekiranya kuasa yang diberikan kurang wajar dengan autoriti kerja sudah tentu pekerja tersebut akan menghadapi masalah dalam menjalankan tugas. Kejayaan penurunan kuasa sama ada kepada pekerja bawahan atau kepada pengurus cawangan terletak sebahagian besarnya pada kepercayaan pihak pengurusan terhadap orang bawahan mereka.

Jika kamu berselisih faham mengenai sesuatu kembalikanlah kepada ALLAH dan Rasulullah seperti firman-Nya: 
"Penurunan kuasa adalah untuk tujuan pelaksanaan status yang lebih licin ,teratur, cepat dan berkesan mengikut masa, keadaan (situasi) dan tempat.Dalam pembahagian tugas, seorang pengurus harus memberikan pekerja tersebut autoriti dan had kuasa bagi membolehkan pekerja menjalankan tugas dengan cekap dan berkesan. Kuasa yang diberikan perlulah wajar dengan autoriti pekerja."


PENURUNAN AUTORITI DAN KUASA YANG WAJAR DALAM PENURUNAN TUGAS


MAKSUD AUTHORITI

Maksud dari segi bahasa: Pihak berkuasa

Maksud dari segi istilah: Kuasa untuk mempengaruhi pendapat,pandangan @ tingkah laku.


KONSEP PENURUNAN KUASA


Menyerahkan autoriti dan tanggungjawab formal kepada orang lain untuk melaksanakan.

1.  Penyerahan kuasa terhadap orang bawahan sama ada pegawai atau pembantunya. Kepimpinan seseorang pemimpin adalah antara faktor pengukuhan kemahiran kemanusiaan.
2.   Bagi menentukan aktiviti organisasi supaya berjalan dengan lebih teratur seperti yang dirancang, ia memerlukan sistem pengawasan, penyelarasan dan pengawalan keatas aktiviti yang dijalankan
3.  Oleh itu, seorang pengurus harus mengambil peluang dengan sebaik mungkin ketika menurunkan kuasa kepada pekerjanya
4.  Dalam hal ini seseorang pengurus tidak boleh bersifat kedekut untuk tidak memberikan pujian dan penghargaan yang sepatutnya kepada pekerjanya yang berprestasi cemerlang


JENIS-JENIS KUASA YANG WAJAR DALAM PENURUNAN TUGAS 

KUASA RUJUKAN


Apabila pengikut cuba meniru atau mengaitkan atau ada keinginan untuk mengaitkan diri mereka dengan orang lain. Orang yang cuba ditiru dikatakan mempunyai kuasa rujukan. Rujukan mungkin dari segi perwatakan, tingkahlaku, pendirian dan lain-lain. Yang menjadi rujukan mungkin pemimpin, artis, ibubapa atau siapa sahaja yang dikagumi.



KUASA KEPAKARAN


Apabila seseorang ketua mempunyai pengetahuan luas mengenai satu-satu perkara atau bidang dan memiliki kemahiran yang tidak ada pada orang lain.










KUASA MUTLAK ATAU SAH


Apabila pekerja melihat seseorang itu mempunyai hak untuk memberi perintah atau secara undang-undang memang dibolehkan menggunakan pengaruh. Individu yang menerima perintah mempunyai sifat mematuhi dan tidak mempersoalkan arahan yang diberikan.





KUASA HUKUMAN ATAU DENDAAN


Keupayaan mengenakan hukuman dan mendenda seseorang kerana tidak memenuhi keperluan, kehendak atau perintah. Kuasa ini penting bagi memastikan prestasi dikekalkan juga mewujudkan keseragaman arahan.





KUASA GANJARAN ATAU PENGHARGAAN


Merujuk kepada keupayaan pemimpin memberi ganjaran kepada para pekerja jika berjaya mencapai matlamat. Ia boleh dalam bentuk kewangan/bukan. Cth: bonus, kenaikan gaji/pangkat, anugerah cemerlang perkhidmatan.








RUJUKAN:

AMALAN PENYERAHAN KUASA YANG DIPRAKTIKKAN OLEH RASULLUAH SAW

Amalan penyerahan kuasa yang menjadi amalan Rasulullah S.A.W. telah diwarisi oleh sahabatnya,

Muhammad Khud Ali berkata:
"Cara pentadbiran umar adalah sama seperti cara yang dilakukan oleh sahabatnya , Abu Bakar iaitu memberi kebebasan kepada gabenor dalam mngendalikan urusan pentadbiran tempatan ,permasalahan awam dan mereka juga bertanggungjawab untuk bertindak selaku penyelidik baik dalam keadaan tertutup atau keadaan terbuka. "


RASULULLAH MEMPRATIKKAN:
       1.  Sistem syura iaitu mengambil keputusan dalam pelantikkan pemimpin berdasarkan kepada  pandangan ahli-ahli yang berwibawa.

       2.  Mengkaji keseluruhan aspek keperibadiannya, termasuk sikap beliau terhadap masyarakat,  kebijaksanaan, ketekunan, keimanan dan kezuhudan.

      3.  Mengikut garis panduan yang diturunkan oleh Allah SWT didalam Al-Quran.
       4.  Menitikberatkan Keprihatinan dan kebajikan kakitangan kerana kedua-duanya merupakan tanggunjawab yang akan dipersoalkan pada hari pembangkitan.


KESAN AMALAN PENYERAHAN KUASA YANG BERKESAN:


1.  Dapat mengukuhkan kemahiran manusia terutama dari segi kepimpinan.

2.  Melahirkan rasa yakin pekerja terhadap keupayaan diri dan kepercayaan ketua terhadapnya

3.  Mendorong seseorang bertanggungjawab menjalankan tugas dengan penuh amanah, dedikasi dan tekun.

4.  Aktiviti organisasi berjalan dengan lebih teratur seperti yang dirancangkan.





RUJUKAN:
1. y=2008&dt=0502&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm
2. Pengurusan Dalam Islam Edisi Politeknik




KEMAHIRAN KERJA BERPASUKAN MENURUT ISLAM

PENGENALAN

Dalam menghayati semangat bekerja dalam kumpulan atau 'teamworking, empat elemen utama perlu diberi perhatian iaitu matlamat, rasa tanggungjawab, proses dan hubungan sesama ahli kumpulan. Hubungan antara keempat-empat elemen tersebut amat kuat dan saling berkaitan ibarat aur dengan tebing. Dalam konteks pelajar IPT, setiap pelajar yang menjadi ahli sesebuah kumpulan atau persatuan mesti jelas dan komited terhadap matlamat yang telah digariskan. Rasa bertanggungjawab atau responsibility menuntut setiap ahli mengenalpasti peranan, tugas dan tanggungjawab masing-masing. Selain itu, setiap ahli mesti tahu proses yang perlu diikuti dan sentiasa berusaha memperbaiki proses tersebut dari masa ke masa. Dan akhirnya, setiap ahli dituntut memelihara hubungan sesama ahli dan menjalin hubungan yang berdasarkan keyakinan dan saling mempercayai antara satu sama lain.



Kelebihan Kerja dalam kumpulan
  • Mempunyai banyak maklumat dan idea. Konsep jemaah membolehkan ahli kumpulan berkongsi maklumat dan bertukar-tukar pandangan.
  • Mempunyai daya kreatif yang lebih berbanding daya daya kreatif orang perseorangan.
  • Pembelajaran secara berkumpulan adalah lebih berkesan berbanding pembelajaran seorang diri.
  • Membolehkan kita memenuhi keperluan sosial, misalnya dapat mewujudkan jaringan hubungan dengan orang lain.

Terdapat tiga perkara yang perlu diambil kira dalam penggunaan kaedah kumpulan iaitu:

Anggota di dalam kumpulan tersebut mesti boleh menyumbang dan mempunyai pngetahuan dan mempunyai
pengetahuan serta kemahiran untuk menjayakan kumpulan.
- Kepimpinan kumpulan tersebut diterima.
- Iltizam dari semua yang terbabit adalah sangat diperlukan.


 Antara ciri-ciri sifat bekerja dalam kumpulan ialah;

1. Kebolehan untuk membina reputasi yang baik, berinteraksi dan bekerja dengan efektif bersama orang lain bagi mencapai matlamat
2. Kebolehan untuk memahami atau menjangkakan salingtukaran atau persamaan peranan yang  dimainkan oleh pemimpin dan pengikut.
3. Kebolehan untuk menyedari dan menghormati atitud, tindakan dan kepercayaan orang lain.
4. Kebolehan untuk memainkan peranan dalam merancang dan mengendalikan usaha dalam  kumpulan.
5. Komitmen dalam membuat keputusan secara kolektif.



OBJEKTIF KEMAHIRAN KERJA BERPASUKAN

  • Membentuk pasukan yang kerjasama dan mantap dalam menjalani kerja yang dilaksanakan.
  • Menyumbang kepada produktiviti dan perkhidmatan yang berkualiti sesebuah organisasi.
  • Menghormati pandangan, pendirian dan kepercayaan orang lain.
  • Membina kerja berpasukan untuk mencapai objektif yang sama. (bina hubungan baik,berinteraksi dengan orang lain dan bekerja secara efektif bersama mereka)
  •  Membantu rakan-rakan lain secara proaktif


KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, sifat bekerja dalam kumpulan adalah satu daripada atribut utama yang perlu ada pada setiap graduan. Pendidikan sifat bekerja dalam kumpulan perlu dimulakan daripada institusi kekeluargaan dan penekanan terakhirnya di institusi pengajian tinggi sebelum seseorang graduan melangkah ke alam pekerjaan. Penekanan kepada sifat bekerja dalam kumpulan adalah selaras dengan Islam yang amat menitikberatkan penglibatan dalam kumpulan.

RUJUKAN

http://eprints.utm.my/41128/3/KamarulAzmiJasmi2004_PembangunanSifatBekerjaKumpulanTeamnetworking.pdf
http://irep.iium.edu.my/7989/1/KEMAHIRAN_KERJA_BERPASUKAN.pdf
http://www.slideshare.net/aqmar/kerja-berpasukan-dan-lain-lain
http://anne9882edu.blogspot.my/2012/06/bina-kerja-berpasukan.html
http://hairilhazlan.com/2010/12/24/apa-itu-kerja-berpasukan/
PEMBERIAN GANJARAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

PENGENALAN

·Objektif penulisan ini adalah untuk menerangkan tentang pemberian ganjaran menurut perspektif Islam dalam sistem pendidikan dan dalam sistem organisasi,seperti yang kita ketahui ganjaran ini mempunyai banyak maksud dari segi segala aspek.

·Pertama kami akan huraikan pemberian ganjaran menurut perspektif Islam dalam sistem pendidikan seperti pengertian ganjaran melalui pelbagai rujukan,prinsip-prinsip pemberian ganjaran,kelebihan ganjaran dan keburukan ganjaran.

Kedua kami akan huraikan pemberian ganjaran menurut perspektif Islam dalam sistem organisasi pula,seperti pengertian ganjaran menurut perspertik Islam,tujuan ganjaran diberi dan faktor-faktor yang menpengaruhi nilai ataupun besarnya ganjaran.

Pengertian ganjaran

·Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka,disebutkan bahawa ganjaran adalah hadiah(sebagai pembalasan jasa),hukuman,balasan. Dari pengertian ini dapat difahami bahawa ganjaran ini boleh digunakan untuk balasan yang baik ataupun buruk.

·Contoh hadiah, ali memenangi pertandingan berpuisi di tempat pertama dan mendapat sijil berserta wang. Contoh lain,setiap orang akan mendapat balasan seperti pahala atau dosa dalam setiap tindakan yang dilalukan di bumi ini.

·Seterusnya ganjaran dalam Bahasa Arab diistilahkan sebagai Tsawab.Tsawab juga bermaksud pahala,upah,balasan. Tsawab ini banyak digunakan di dalam Al Quran,ia berbicara tentang apa yang akan diterima oleh seseorang di dunia mahupun di akhirat dari amal perbuatannya.Di dalam Al Quran Tsawab selalu diterjemahkan kepada balasan yang baik.

·Contoh,jika seorang pelajar itu tidak menipu dalam pelajarannya dia akan dapat balasan pahala di akhirat dan mungkin akan mendapat balasan di dunia dengan kejayaannya seperti mendapat kerja yang bagus dari segi gaji atau tempat kerja itu. 

Prinsip-prinsip pemberian ganjaran
  • Pemberian penghargaan
1.  Pemberian penghargaan selalunya diberi kepada orang yang menyumbangkan tenaga,fikiran ataupun idea-ideanya untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
2.  Selain itu, ia juga diberi kepada orang yang berjaya dalam sesuatu perkara contoh pelajar mendapat sijil kecemerlangan kerana cemerlang dalam pelajarannya.
  • Penghargaan berupa perhatian
1.  Alternatif bentuk hadiah yang terbaik bukanlah barangan tetapi berupa perhatian fizikal dan pujian.Perhatian pujian seperti memberi pujian terhadap apa yang mereka lakukan.
2.  Perhatian fizikal seperti pelukan.Perkara ini sering berlaku bila masa anaknya mendapat cemerlang dalam pelajaran ibubapa memberi pelukan sebagai hadiah kepadanya.

Kelebihan Ganjaran

·Memberikan pengaruh yang cukup besar terhadap jiwa pelajar  untuk melakukan perbuatan yang positif dan bersikap progresif.


·Dapat menjadi pendorong bagi murid yang lain untuk mengikut murid yang telah memperolehi pujian dari guru-gurunya berdasarkan sikapnya yang baik dalam tingkah laku dan sopan santun.

-Dapat menjadi contoh tauladan yang baik kepada rakan-rakan yang lain.

·Dapat memberi semangat kepada pelajar dalam pelajaran.Contohnya guru memberi hadiah apabila membuat soal jawab atau kuiz dengan murid.murid akan rasa lebih seronok untuk belajar.

KESIMPULAN


 Dapat menimbulkan impak negatif apabila guru melakukannya secara berlebihan, sehingga menjadikan murid merasa bahawa dirinya lebih hebat dari rakan-rakannya.Menurut Islam, sifat riak dalam diri tidak seharusnya berlaku kerana apabila perkara ini berlaku terhadap diri seorang murid.Murid itu tidak akan mendengar nasihat dari rakan-rakannya kerana ia merasakan dia lebih pintar dan bagus dari rakannya itu.Umumnya ganjaran memerlukan alat tertentu serta memerlukan perbelanjaan dan lain-lain.Ia juga boleh menyebabkan kecurian contoh seseorang murid itu tidak mempunyai wang untuk membeli hadiah dan dia mencuri wang ibubapanya untuk membeli hadiah kepada rakannya .




GANJARAN EKSTRINSIK DAN INSTRINSIK DALAM MEMUPUK PRESTASI KERJA CEMERLANG


·       Menurut Islam, Allah SWT berjanji akan memberi balasan yang baik terhadap orang yang melakukan sesuatu tindakan yang baik sebagaimana firmanNya;

Sesiapa yang beramal soleh,dari lelaki atau perempuan,sedang ia beriman,maka sesungguhnya kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik, dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan”.
(surah al-nahl:97)


Pembahagian Ganjaran





Tujuan Ganjaran
Tujuan dari ganjaran yang diberikan oleh organisasi diantaranya adalah sebagai berikut:-

·     Diberi kepada pekerja kerana telah menyumbangkan tenaga dari fizikal ataupun mental.Contoh,menurut Islam hanya beri ganjaran apabila seseorang itu melakukan kerja dengan jujur dan amanah.

·     Ganjaran yang diberikan oleh organisasi,diharapkan mampu menbuat anggota organisasi selesa dengan lingkungan organisasi,sehingga tidak menimbulkan keinginan anggota organisasi untuk berpindah ke organisasi lain.Menurut Islam,betapa pentingnya nilaian dan penghargaan terhadap seseorang pekerja yang melaksanakan tugasanya dengan bersungguh-sungguh dan penuh tanggungjawab.

·     Ganjaran biasanya diberi berdasarkan prestasi cemerlang yang ditunjukkan oleh pekerja dalam menjalankan kerja mereka.Menurut islam kesungguhannya wajib diakui dan dihargai. Dalil hadis daripada Umar Al Khattab r.a : "sesungguhnya setiap pekerjaan itu diambil kira berdasarkan niatnya.

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Nilai/Besarnya Ganjaran

Terdapat beberapa faktor yang mempu mempengaruhi nilai atau besaran ganjaran yang diberikan,diantaranya adalah sebagai berikut:-

·   Lokasi kerja
-lokasi kerja kita juga menentukan ganjaran yang diterima.Tempat kerja yang sesuai dengan perspektif Islam adalah tempat yang tidak bertentang dengan Islam seperti kelab malam,pusat perjudian dan lain-lain lagi. Firman Allah SWT yang bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak,judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotoe(keji) dari perbuatan Syaitan.Oleh itu,hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (Surah Al-Maaidah: 90)

·   Kualifikasi
-Pengalaman kerja,keterampilan dan latar belakang pendidikan boleh mempengaruhi ganjaran yang diterima oleh seorang pegawai.Menurut perspektif Islam,jika kerja yang dilakukan dengan jujur dan tanggungjawab maka ganjaran itu didapati adalah atas dasar usaha diri sendiri.  

·   Perusahaan
-Meskipun pada dasarnya memiliki proses yang sama,tetapi berbeza perusahaan akan berbeza pula pada ganjaran yang diterima.Namun,ganjaran biasanya disertai juga tanggungjawab yang besar.Menurut Islam,ganjaran yang berkat adalah apabila kita melakukan sesuatu tugas dan tanggunjawab dengan amanah dan jujur.

·   Industri
-Dalam lingkungan industri,memberikan risiko kerja.Semakin tinggi risiko kerja,maka semakin besar pula ganjaran yang akan diterima. 



Rujukan

Buku/ Majalah/Internet :

 -PENGURUSAN PENDIDIKAN DI SEKOLAH(huraian menurut persperktif islam)      Ahmad Kilani Mohamed
- Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial,Universiti    Teknologi Malaysia.
 -Kamus Dewan edisi keempat 2007.Dewan dan Pustaka Pengurusan di Malaysia:Dari Perspektif Islam
– Azman Che Omar,terbitan Dewan dan Pustaka.
http://www.academia.edu/3788948/Pengurusan_Dalam_Islam 




KESIMPULAN

kesimpulan bagi keseluruhan tajuk kami ialah: 

      Kerja merupakan kesungguhan yang dilaksanakan oleh manusia untuk mendapatkan upah atau ganjaran. Manakala,ibadah merupakan kepatuhan dan ketaatan kita kepada kekuasaan Allah yang diiringi kesanggupan menyerah diri kepadanya.Sesungguhnya  setiap perbuatan yang dilakukan oleh seorang muslim merupakan ibadah jika ia mematuhi garis panduan yang  dikehendaki oleh hukum syarak.

       Saranan kami sebagai pelajar adalah supaya seseorang itu mestilah mendapat ganjaran berdasarkan tugasan dan tanggungjawabnya dengan ikhlas bukan hanya menyempurnakan tugasan semata-mata untuk menyelesaikan tugasan sahaja.Kerana  keikhlasan dalam melakukan setiap pekerjaan pasti akan membuahkan hasil yang baik dan penuh hikmah.Segala tindakan dan kerja hendaklah berorientasikan ciri-ciri dan nilai-nilai kerja sebagai amal soleh dan bersifat selari antara dunia dan akhirat.Seseorang islam tidak kira pekerja atau pengurus wajib mempraktikkan cara hidup syumul berpandukan Al-quran dan Al-sunnah agar setiap perkara yang dilakukan tidak bertentang dengan syariat Islam.

PENGENALAN NORHARTINI BINTI MOHAMAD SHARUDDIN 16DAT16F2023 WAN NUR ASLINA BINTI WAN ISMAIL 16DAT16F2030 ILLIAN...